fbpx

“Dipaksa Buka Tudung, Ditipu Duit Sebelum Berjaya”

Kini berjaya menempa nama di Amerika Syarikat, penyanyi Yuna atau Yunalis Zarai antara kebanggaan rakyat Malaysia. Ramai yang menjadikan wanita berkarisma ini sebagai idola.

Namun, disebalik kejayaan Yuna di negara besar tersebut, tidak semua yang dilalui oleh penyanyi ini indah belaka. Jarang sekali Yuna kongsikan kisah peribadinya kepada umum apatah lagi suka duka yang dialaminya sebelum berjaya.

BACA: Elak Makin Gelap, Yuna Pernah Elak Matahari

Baru-baru ini, Yuna kongsikan gambar individu yang bertanggungjawab disebalik kejayaannya.Turut disertakan ucapan yang sangat menyentuh hati.

Menerusi Insta Story, Yuna memberikan ucapan terima kasih buat pengurus peribadinya Wawa, yang masih setia bersamanya sehingga ke hari ini walaupun pelbagai cabaran ditempuhi sebelum Yuna mencipta nama di US.

Tanpa anda saya tak akan berada di tahap sekarang

Yuna juga turut kongsikan suka duka apabila dia pernah dipaksa buka tudung jika ingin menjadi artis syarikat rakaman. Bukan itu saja, Yuna dan pengurus peribadinya itu juga pernah ditipu dan kerugian wang ringgit.

Tambah Yuna lagi, sekuat mana pun dia usaha, dia tidak akan dapat lakukan semuanya seorang diri. Rupanya masih ada insan yang sudi membantu untuk melihatnya berjaya.