fbpx

Dini Schatzmann Cari Duit Mahu Beli Rumah Impian Dengan Janna Nick

Membuktikan bahawa dirinya serius dalam persediaan untuk masa depan, pelakon Dini Schatzmann kini dalam perancangan membeli rumah impian bersama kekasih hatinya, Janna Nick.

Dini berkata dia sudah lama menyimpan hasrat tersebut dan mahu menunjukkan kesungguhan untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

BACA: Dini Schatzmann Pertahan Kekasih, Harap Janna Nick Tak Berubah

“Kami memang serius ingin mendirikan rumah tangga tetapi semua perancangan itu memerlukan masa yang panjang. Pada sama sama kita dahulukan rumah impian.

“Rancangan membeli kediaman selesa untuk persediaan masa depan juga sudah diperincikan. Janna menjadi pemangkin saya untuk bekerja lebih keras dan menabung,” katanya.

Dalam pada itu, Dini berkata dia mahu mengukuhkan kewangan terlebih dahulu sebelum ke alam perkahwinan. Malah, kedua belah keluarga juga tahu mereka serius.

“Buat masa ini saya kena kukuhkan kerjaya dan kewangan sebelum melangkah ke fasa itu. Paling penting kedua-dua belah keluarga tahu kami cukup serius dalam perhubungan,” katanya kepada Kosmo!

Enggan mendedahkan bilakah mereka akan mendirikan rumah tangga, Dini berkata dia lebih selesa untuk memberi fokus terlebih dahulu dalam perancangan kehidupan dan perniagaan.