Dingdong Dantes, Marian Rivera Kahwin Selepas Lima Tahun Bercinta
Jika anda penggemar drama bersiri Filipina, pasti nama Dingdong Dantes & Marian Rivera bukan asing lagi untuk anda. Berita baik untuk peminat pasangan selebriti paling berpengaruh ini, mereka selamat bergelar suami isteri semalam selepas lebih lima tahun bercinta.
Dalam majlis gilang gemilang dihadiri oleh para kenamaan dan barisan selebriti, Dingdong Dantes dan Marian Rivera saling bertukar lafaz cinta dan sumpah setia untuk bergelar suami isteri di Immaculate Concepcion Cathedral, Quezon.
Marian dan Dingdong bertemu pada tahun 2007 apabila digandingkan bersama dalam drama adaptasi tempatan MariMar. Mereka sering berlakon bersama sejak gandingan menjadi itu dalam siri televisyen lain termasuk drama Dyesyebel pada tahun 2008.
Buat anda yang berminat, berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan pasangan ini untuk tatapan anda. Cantik sepadan belaka. Enjoice! (rtky/m)
sapa stuju diorang ni comel?? – kedaionlinemy.com
Mmg comel…cantik3
Mmg suke tengok. Comel
Yeahhh finally! love both of u!sweet!
so sweet…
kenapalah jericho n kristine ta kwen sama2…
mesti sweet cmni gak.. klo dorg kawen..
**thumbs up!
Pompuan ni penah blakon cite ikan duyung…
pasangan paling ideal drama marimar.
Dorang sangat sweet . Paling minat mengunung lagi . Mahal na Mahal Mahal kita :))))
Congrats…dia org mmg sweet..Dingdong n Marian, both of u are meant for each other.
Alolo..sweet sgt dorang nieyh.. Suka sgt tgk dorg berlakon bersama..moga bahagia lah. Tahniah both of u.
akhirnya kawin juga mereka ini..tahniah la.. isteri saya memang peminat drama filipina ni..:)
Luv both of them..mr.and mrs.dantes….
Diorang ni memang sepadan..:)
memang diaorang tu sempadan …..
saya suka diaorang tu i like this photo…….
Serasi suka sangat marian rivera cantik gila