fbpx

Diminta Pergi Mati, Elyana Tenang Balas Komen

Selepas membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung, penyanyi Elyana terus menerima kecaman netizen, namun ada yang memberikan kata-kata positif buatnya.

 Baru-baru ini, perkongsian Elyana menjadi perhatian apabila memuat naik paparan komen seorang individu yang mendoakan agar penyanyi itu mati kerana tidak bersyukur dengan nikmat Allah.

BACA: “Sejujurnya, Jiwa Saya Sangat Rosak” – Elyana

Tulis individu itu, penyanyi itu seolah tidak bersyukur dengan peluang diberikan selepas bebas daripada kanser limfoma tahap empat.

“Orang macam ni elok mamp*s je tak tahu bersyukur Allah dah bagi sambung nyawa. Tak payah lah nak agung-agungkan dia ni,” tulis individu itu.

Tenang dengan komen negatif oleh netizen itu, Elyana dilihat membalas dengn mendoakan agar individu itu dipanjangkan usia serta diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Difahamkan, komen tersebut ditinggalkan oleh individu itu pada sebuah posting video persembahan Elyana.

Perkongsian Elyana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan komen dilemparkan individu itu melampau dan keterlaluan. Bagaimanapun, ada netizen berpendapat meskipun teguran itu kasar namun sangat mendalam.