fbpx

“Doakan Kami Berdua” – Shuk Sahar & Rossa Sera Tunai Umrah Bersama

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelawak Shuk Sahar bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau mesra dipanggil Rossa Sera.

Bagaimanapun, selepas kontroversi tersebut pasangan itu dikatakan tidak tinggal sebumbung dan Shuk sudah pun menjual rumah mewah miliknya.

BACA: Rossa Sera & Shuk Sahar Masih Berbincang Untuk Bersama Semula

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Terbaru, Shuk dilihat ada memuat naik hantaran di Instagram memaklumkan menunaikan umrah bersama-sama isterinya, Rossa Sera dan dilihat ada berkongsikan gambar bersama di hadapan Masjid Nabawi.

@rossa.sera

Doakan kami berdua? #fyp #rossasera #shuksahar

? Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 – stevee wuaten

Sementara itu, menerusi TikTok, Sera turut memuat naik video ketika mereka berangkat menaiki kapal terbang dengan kapsyen ‘doakan kami berdua’.

Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar Shuk dan isteri kekal bahagia.