Pelakon Meerqeen tampil menjelaskan babak dukung Hannah Delisha dalam drama Dia Perempuan Sialan dilakukan atas persetujuan aktres itu dan juga pengarah.
Memetik Oh Bulan, Meerqeen berkata babak itu dilakukan secara profesional atas tuntutan skrip serta jalan cerita.
BACA: “Wanita Itu Bukan Kekasih Saya” – Meerqeen Nafi ‘Dating’ Di Bali

“Itu tuntutan skrip dan pengarah. Jika mahu bahaskan tentang logik, kalau itu isteri saya yang betul saya akan lakukan perkara sama.
“Adegan itu dilakukan atas persetujuan, persetujuan Hannah dan pengarah. Saya rasa lakonan adalah tentang logik, jadi kami lakukan babak itu atas kehendak skrip.
“Saya tidak cakap tindakan saya itu adalah betul, kedua-dua pihak sudah bersetuju. Saya tanya Hannah, dia kata okay,” katanya.
Sementara itu, Meerqeen turut berbincang bersama pengarah agar babak berkenaan tidak dilakukan berulang kali.
“Adegan itu dilakukan sebanyak dua kali. Lakonan bukan tentang selesa atau tidak, mahu menjadikan sesuatu itu realiti.
“Saya tidak mahu juga menimbulkan salah faham dengan adegan itu. Saya cakap dengan pengarah tak mahu buat adegan tersebut berulang kali,” katanya.
Sumber: Oh Bulan