Terkilan dikritik gagal menjalankan sesi temubual bersama mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Fathia Latiff menegaskan beliau bukanlah wartawan untuk memenuhi kehendak soalan orang ramai.

BACA: Peminat Kritik Fathia Latiff Temubual Tun M

“Saya bukan nak tunjuk pandai tetapi mahu bertanya soalan yang saya rasa semua orang ingin tahu dan perkara yang saya tidak tahu. Ini hanya temubual santai. Saya bukan wartawan atau ahli politik. Saya hanya mewakili suara belia dan saya minta maaf jika soalan tidak memuaskan hati”

Tetapi saya gembira terpilih untuk menjadi perantaraan temubual bersama Tun Mahathir. Terima kasih untuk peluang ini. Bagi saya soalan yang datang dari hati tidak semestinya kena study dulu,” jelasnya kepada m Star Online.

Kreadibiliti Fathia sebagai graduan jurusan undang-undang terus dipersoalkan apabila beliau mencelah percakapan Tun M dan bertanyakan maksud whistleblower yang tidak difahaminya. Pun begitu, ramai juga mempertahankan pelakon itu kerana usaha beraninya mencuba yang terbaik.

Terdahulu, Fathia dikritik hebat apabila sesi temubual bersama Tun M yang berlangsung selama 45 minit itu tidak membincangkan isu-isu negara. Malah kenyataan Fathia juga dilihat tidak prihatin dengan keperitan hidup sebagai rakyat berpendapatan rendah kerana kehidupannya di bandar. (rtky/w)