Baru-baru ini, usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenar, Liana Rosli dikecam susulan tindakannya mempercayai manfaat dan kebaikan Feng Shui untuk lokasi kediaman.
Tidak hanya berdiam diri, menerusi perkongsian di Instagram, Kak KM mempertahankan diri dengan menjawab kembali kritikan netizen.
BACA: Kak KM Tegur Anak Jangan Terlalu Seksi
View this post on Instagram
Menurut Kak KM, netizen yang mengkritiknya perlu tahu asas pengetahuan tentang perniagaan terlebihi dahulu sebelum mahu tunjuk pandai.
“Apa benda pagi-pagi buta, ‘Kak KM jangan khurafat. Kak KM kalau nak kaya kena solat dua rakaat selepas solat subuh. Kau buat ke tak solat dua rakaat? Dah kaya belum?
“Jangan nak ajar-ajar orang, jangan sesekali. Kita belum tentu betul ke tak. Jangan main cakap sebarangan. Macam bagus saja kau. Kelakar.
“Nak cerita, oh tanah. Orang kaya memang macam itu bodoh. Beli tanah, jual tanah. Ada aset, kumpul aset. Jangan main cakap.
View this post on Instagram
“Kau yang tak pernah buat apa-apa bisnes pasal tanah tak tahu apa, patut bertanya. Jangan tunjuk pandai, tunjuk hebat. Lepas itu, kau ajak ramai-ramai untuk kondem orang.
“Kau jangan macam itu, kau releks saja. Apa orang jual, kau patut support. Sesama melayu. Kau patut cakap bagus. Kalau benda tak bagus, buat apa berjuta-juta duit kita pergi kat situ,” katanya.
Dalam pada itu, Kak KM berkata netizen yang mengkritiknya itu mempunyai penyakit iri hati serta cemburu apabila melihat kejayaan orang lain.
“Suka hati kau la. Tak ada kena mengena dengan hidup aku. Yang penting, yang kita tahu sebenarnya kau ada penyakit iri hati dan terlalu cemburukan orang lain. Bila orang ada dapat achievement, kau sakit mata. Kau sakit hati,” katanya.