fbpx

Dikatakan Semakin Seksi, Bella Astillah Akui Silap Sendiri

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah terbuka menerima teguran netizen mengenai cara pemakaiannya yang dikatakan semakin seksi sejak bertentangan dengan penghijrahan suaminya, Aliff Aziz.

Memetik Kosmo, Bella mengakui pemakaiannya yang dikatakan seksi itu adalah kesilapan daripada dirinya sendiri serta akan lebih berhati-hati selepas ini.

BACA: Terkena Sihir Pemisah, Bella Astillah Akui Hubungan Rumah Tangga Dingin

“Imej seksi? Mungkin kesilapan itu daripada saya dan menerima teguran dengan hati terbuka kerana sekali gus membuktikan ramai masih sayang. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini.

“Tentang tidak selari dengan penghijrahan suami, saya memang belajar banyak daripada dia. Jika ada syarat sekalipun, itu antara saya dengan dia,” katanya.

Menurut Bella lagi, perubahan suaminya itu juga turut membawa dirinya ke arah kebaikan serta Aliff juga banyak memberi nasihat kepadanya.

“Untuk perubahan Alif, memang saya bersyukur dan sedikit sebanyak memang banyak belajar daripada dia.

“Dia banyak bagi nasihat untuk banyak perkara dan tidaklah letak sebarang syarat tetapi perubahan dia memang buatkan saya untuk ikut sekali. Semuanya ke arah kebaikan, teruskan berdoa untuk saya,” katanya.