Ahli kumpulan pelawak lagenda, Saiful Apek berkongsikan perkara mengejutkan apabila mengetahui dirinya merupakan anak angkat pada hari pemergian ibunya. 

Menerusi temu bual bersama Dol’s Podcast, Saiful berkata dia mengakui terkedu dengan kenyataan tersebut apabila dia dilarang mencium jenazah ibunya.

BACA: “Itulah Podcast…Kenapa Nak ‘Koyak’ Pula?” – Saiful Apek

@dolspodcast

Saiful Apek baru tau beliau anak angkat masa nak cium arwah ibu semasa meninggal dunia ?. Layan Episod 52, RABU 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks @shuibsepahtu @shuksahar @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan @Saiful Apek GITU2 #dolspodcast

? Tragic Story – Scorpiano

Menurut Saiful, dia rahsia keluarga terbongkar ketika usianya 21 tahun dan dia diambil oleh ibunya ketika usia kurang seminggu.

“Bila saya nak cium (ibu angkat) ada suara bersuara dekat dalam ramai-ramai orang tu cakap tak boleh. Dia macam dalam mimpi bila orang cakap tak boleh.

“Ini bukan mahram mereka cakap, saya terkedu dekat situ, mereka cakap saya anak angkat, umur 21 tahun. Saya koyak, tapi saya tak peduli, saya tarik juga saya cium juga, ini ibu saya,”katanya.

Perkongsian Saiful Apek itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak mendengar pendedahan pelawak itu. 

Tidak kurang juga, ada netizen memberitahu yang hidup dibenarkan untuk cium mereka yang mati walaupun bukan mahram.