Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelawak Jep Sepahtu memuat naik kenyataan seolah tidak senang apabila namanya dipetik dalam satu podcast.
Memetik mStar Online, pelawak Saiful Apek tampil memberi pandangannya berhubung kontroversi kumpulan Sepah yang tiada kesudahan lagi,
BACA: “Apa Yang Aku Boleh Kata Cerita Dalam Podcast Tu Kebanyakan Direka, Ditokok Tambah”
Saiful meminta agar mereka menyelesaikan kemelut berkenaan secara baik dan tidak jadikan media sosial sebagai perantaraan.
Menurut Saiful lagi, podcast adalah tempat dimana perkara yang tidak pernah diketahui ramai termasuk mengenai zaman muda akan dikongsikan.
“Bagi saya setakat cerita perkara lepas mengenai zaman muda itu biasa dekat Podcast, sebab itu memang caranya untuk naikkan jumlah tontonan, kenapa nak ‘koyak’ pula.
“Saya tak berpihak mana-mana pihak tapi dunia sekarang sudah berubah, mereka ni public figure jadi nak gaduh tu tengok-tengok la orang lama, kumpulan Senario tak pernah bergaduh di media sosial sebab semuanya kami selesaikan diluar,” katanya.
Dalam pada itu, Saiful akui terguris dengan tindakan kumpulan Sepah itu kerana didakwa seakan-akan tidak menghormati dirinya sebagai orang lama dalam industri.
“Bila saya tengok mereka bergaduh tu aduh hati saya sangat terguris sebab kenapa mereka buat macam ni, Senario pun tak pernah buat macam ni, kalau boleh belajar minta maaf dan memaafkan lagi bagus selesai cara luar,” katanya.
SUMBER: mStar Online