Difitnah Mengamuk Kalah MLM 2014, Jep Sepahtu Mahu Saman Akhbar
Mengakui tertekan dengan kontroversi yang melanda dirinya sejak baru-baru ini, Jep Sepahtu ingin mengambil tindakan untuk menyaman akhbar yang didakwa memfitnah dirinya berkaitan isi mengamuk selepas kalah kepada kumpulan Zero pada MLM 2014.
BACA: Jep Sepahtu Akui Tidak Ramai Kawan Artis
Isu berkenaan dibangkitkan di ruangan pojok sebuah akhbar tempatan beberapa minggu lalu dan di dalam ruangan tersebut, Jep dikatakan bertindak memaki-hamun kru yang berada di belakang pentas sebaik sahaja nama Zero diumumkan sebagai juara MLM2014.
Selain itu, tuduhan lain terhadap Jep turut menyebut bahawa pelawak yang berasal dari Johor itu mengugut akan mencari orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Sepahtu sehingga dia dan Shuib tewas pada malam final MLM2014.
Menegaskan bahawa cerita yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut merupakan fitnah, Jep juga telah mendapatkan nasihat peguam untuk sebarang tindakan lanjut.
Menurut Jep, setelah tamat sahaja MLM2014, beliau dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar.
“Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun pada malam tersebut,” jelasnya lagi. (rtky/syfq)
X percaya gossip tu…ada agenda cuba nk jatuhkN sepah2…harap anda n shuib byk bersabar….
baguslah tu.. biar tau diam wartawan tu.. hidup dengan hasil memfitnah orang…
hidupp sepahtuuuu!!! gosip murahan.. saman je
ini olang memang baik.wa kenal sama ini olang..manyak low profile punyeeerr..ape2 pun..wa kasi 4.32 bintang
Wa respect lu bro, banyak benda lu dah tunjuk pada kami. Jep, sabar itu semua ujian allah. Wa dari dulu minat lu bro
Saya dari dulu suka Sepahtu terutama Jep sbb u ni seorg yg low profile dn Sgt merendah diri. Saman ajr Jep, jgn duk bagi muka pda wartawan2 yg tidak ada Erika kerja. Depa ni semua memang tak boleh pakai asyik nak jatuhkan maruah org saja. We support u all the way Jepp.
Saman je.
Teruk sangat mulut cik pang tu. Siap gmbr sebesar2 nye dlm artikel tu.
Hrp zero ngn jep ok in reality. Mana tahu benda2 mcm ni affect friendship diorang.
Go jep .. saman je biar padn muka wartawan yg bt fitnh .. saman saman
Aku pun xreti nxtahu nk kata pa…sbbb aku mmg xth okk….
saman jgn x saman,,,huhu
Mmg ade agenda tuk jatuhkn sepahtu di blakang tabir..terutama dato AC..saya taw sbb saya bsama2 d blakang dan depan masa musim MLM..dato ac spattutnya x perlu bawa supporter2 dia d mlm..dia bukan bertanding..beri la kesempatan pd orang luar tiket2 tu..
Wartawan malaysia ni nk2 bhgian hiburan klu menulis pakai airliur x pakai otak ikut nafsu serakah je klu menulis ingat retis zaman sekarang ni bengap ke mcm korang? Memanglh diaorang x sekolah tinggi tapi diaorg ada duit boleh upah lawyer ko apa ada. lain kali sebelum tulis fikir elok2 bukan main hentam je. Dulu sebelum jadi wartawan tu lecturer x ajar ke etiqa kewartawanan.kerja mcm korang ni dh sama standard dgn lawyer satu kaki kat neraka satu lagi kat syurga. Memfitnah tu mcm membunuh. Semoga wartawan yg fitnah jep tu diberi pengajaran sikit. Letak muka dia besar2 dalam paper baru tau apa orang yg ko fitnah tu rasa. Masa tu jgn tanya kenapa org ludah muka kau…
wartawan tu islam betul ke islam plastik? alaaaaa perkataan islam kat IC tu…tu pun kalo ada prkataan Islamla kat situ
wartawan tu mesti org sabah sebab nk naikkan zero
Jep ni meme kaki gaduh …..x boleh orang lebih c kit dia ingat dia lawak sangat…