fbpx

Difitnah Lima Sekawan, Siti Nordiana Hilang Followers IG, Job Dibatalkan

Tindakan lima individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah didakwa menjejaskan reputasi pelakon dan penyanyi, Siti Nordiana.

Menerusi prosiding berlangsung semalam, Siti Nordiana memberitahu mahkamah pendapatannya terjejas susulan hilang tawaran berlakon dan nyanyian akibat fitnah berkenaan. Malah, Siti Nordiana memaklumkan dia kehilangan ramai pengikut diInstagram sepanjang kontroversi kes berkenaan.

BACA: Proses Mediasi Gagal, Siti Nordiana Heret Kes Saman Lima Sekawan Ke Mahkamah

“Selain buat reviu berbayar, saya ada show menyanyi dan berlakon. Saya tak nafikan ada job yang dibatalkan berpunca daripada kes ini.

“Tapi saya tak tahu sangat (maklumat lengkap) sebab semua job yang saya terima diuruskan oleh pengurus saya. Terdapat penurunan followers saya di Instagram disebabkan oleh kes ini,” katanya.

Terdahulu, Siti Nordiana sebagai plaintif berkata pihaknya dan kelima-lima defendan gagal mencapai kata sepakat ketika sesi mediasi yang diadakan pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai terma-terma dan butiran terperinci yang menjadi punca kegagalan mediasi tersebut.