fbpx

Sabtu lalu, banjir besar melanda Lembah Klang sememangnya mengejutkan ramai apatah lagi banyak kawasan yang tidak pernah dinaiki air turut tenggelam.

Namun, apa yang lebih menjadi bualan apabila ramai mempersoalkan ada kawasa banjir lewat mendapat bantuan serta tertanya-tanya di mana perginya agensi keselamatan yang sepatutnya membantu mangsa.

BACA: Isteri Caprice Pengsan, Masuk Hospital Tertekan Dengan Kecaman Netizen

Malah, rata-rata netizen di media sosial memuat naik rakyat yang membantu rakyat serta ada yang membuat posting menyindir agensi keselamatan.

Turut menjadi perhatian perkongsian penyanyi rap, Caprice dan Fadzil Zahari yang memuat naik gambar aset dan kenderaan yang digunakan oleh agensi keselamatan.

Susulan perkongsian itu, ada yang mendakwa posting tersebut ada ‘double meaning’ seolah mempersoalkan keberadaan aset-aset agensi keselamatan.

Perkongsian Caprice itu mengundang rasa bengang seorang bekas pegawai TUDM iaitu Capt (R) Raeiz Hamed RMAF melalui aplikasi TikTok mendesak mereka membuat permohonan maaf kepada semua agensi keselamatan yang menerima sindiran itu.

Menurutnya, bukan semua aset tersebut sesuai digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir terutama kereta kebal seperti yang dimuat naik dalam posting Caprice.

“Terutamanya aku nak shout-out sikitlah dekat Caprice ni. Kau pernah masuk tentera ke? Kau tahu ke prosedur nak menggerakkan aset-aset military ni”

“Kau tahu tak ada aset-aset yang kau upload dekat posting kau tu sebenarnya tak sesuai untuk bantu mangsa-mangsa banjir Kejadah apa kau nak gerakkan kereta kebal masuk ke kawasan banjir” katanya.

Sementara itu diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan perkongsian tersebut. Malah, ada netizen mengatakan ada pasukan penyelamat yang sibuk menyelamatkan mangsa banjir sedangkan keluarga mereka perlu selamatkan diri sendiri.