fbpx

Isteri Caprice Pengsan, Masuk Hospital Tertekan Dengan Kecaman Netizen

Baru sahaja sebulan mendirikan rumah tangga, isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis dimasukkan ke hospital selepas pengsan akibat tertekan dengan kecaman netizen.

Menerusi satu entri di Instagram, Cap mengakui sejak berkahwin kehidupan isterinya tiada lagi privasi dan berterusan menerima kecaman daripada orang ramai kerana tampil seksi.

BACA: Pakai Seksi, Daddycap Terima Isteri Seadanya

“Saya benar-benar menyalahkan diri saya untuk semua ini. Sejak berkahwin, isteri saya hilang privasi dan sentiasa dikecam kerana seksi. Mungkin tekanan bergelar isteri saya menyebabkan dirinya jatuh sakit sehingga rebah,” tulisnya

Dalam perkongsian tersebut, Cap turut memohon kepada netizen supaya tidak menyerang isterinya sebaliknya salahkan dirinya kerana baginya dia yang gagal.

“Jangan kecam dia, kecam saya. Saya yang ‘berjihad’ , yang bina aplikasi untuk ummah, berjuang untuk Palestin dan imam bagi rumah tangga. Jika sesiapa yang gagal, itu saya. Lepaskan semuanya pada saya, bukan keluarga saya,” tulisnya.

Perkongsian Cap itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar isteri penyanyi rap itu diberi kesembuhan dan terus kuat berdepan dengan ujian.

Sementara itu, di ruangan komen Caprice dilihat ada membalas komen seorang netizen dimana penyanyi itu mengatakan isterinya dikecam kerana dirinya. Ujarnya, banyak sahaja wanita seksi di TikTok, namun hanya kerana isterinya berkahwin dengan Tiger of Al-Quds dikecam teruk.