fbpx

Didakwa Perasan Diri Bagus, Ini Jawapan Haqiem Rusli

Baru-baru ini, penyanyi remaja popular Haqiem Rusli mengejutkan peminatnya apabila dia mengeluarkan kenyataan bakal bersara sebagai penyanyi selepas mengalami kemurungan teruk.

Selepas pengumuman tersebut dibuat, muncul seorang individu mendedahkan ‘sikap sebenar’ Haqiem Rusli yang dikatakan seorang yang bermasalah dan merasakan dirinya perasan bagus.

BACA: Alami Depresi, Haqiem Rusli Mahu Bersara Jadi Penyanyi?

Menerusi Twitter, individu tersebut mendedahkan kesalahan dan kesilapan besar Haqiem Rusli yang perlu diperbetulkan jika ingin terus berada dalam industri hiburan tanah air.

Berikutan segala tuduhan yang dilemparkan pada dirinya, Haqiem tampil memberitahu dia mungkin ada melakukan kesilapan. Tambahnya lagi, adakah kesilapannya terlalu besar sehingga dia perlu dhina dan dihukum dengan sangat teruk.

Sebelum ini, Haqiem ada memuat naik beberapa status di Twitter menggambarkan dirinya agak kecewa dan akan berhenti menyanyi. Namun, keputusan sama ada bakal bersara akan diketahui pada Julai ini.