fbpx

Didakwa Miliki Dadah, Tauke Jambu Anggap Ini Semua Ujian Allah

Semalam hangat diperkatakan berita mengenai pelawak Tauke Jambu dan empat lagi rakannya didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin Ahad lalu.

Bagaimanapun, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria bersama empat rakannya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

BACA: Tauke Jambu, Empat Rakan Didakwa Miliki Dadah

Sementara itu menjengah di Insta Story Tauke, pelawak itu dilihat ada memuat naik status menganggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah.

Dapat dilihat Tauke ada berkongsikan video perlawanan boxing berserta kapsyen namun tidak dapat dipastikan maksudnya. Setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada Tauke berhubung kontroversi tersebut.

Terdahulu, Tauke yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan pendapatannya terjejas dan ini adalah kesalahan pertamanya.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin. Tarikh 9 Jun ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.