fbpx

Bella Astillah Enggan Komen Dakwaan Rujuk Semula

Selepas tiga bulan bercerai, Bella Astillah mengakui Aliff Aziz masih menghubunginya untuk bertanyakan khabar beliau dan anak mereka, Ayden. Namun Bella enggan mengulas lanjut soal rujuk semula dengan bekas suami.

BACA: Bella Astillah Kongsi Tips Untuk Move On

“Aliff masih ada menghubungi saya dan biasanya bertanya khabar masing-masing atau anak kami. Saya tak nak bermusuh dengan sesiapa. Soal dia pujuk saya untuk rujuk semula itu privasi, saya tak bersedia untuk bercerita”

“Saya selalu percaya kalau ada jodoh, adalah. Tak kisahlah pasangan yang sudah berpisah berpuluh-puluh tahun pun. Saya reda dan percaya dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi kerana Allah adalah sebaik-baik perancang”

Biarpun tampak tabah mengharungi penceraian, Bella akui tidak mudah untuknya benar-benar ‘move on’, akan tetapi beliau memilih untuk memaafkan kerana ia membuatkannya tenang menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

“Sebenarnya saya sudah memaafkan, itu yang membuatkan saya kuat. Ia perlahan-lahan membuatkan saya rasa tenang, tiada rasa sakit hati dan benci pun hilang. Tak mudah nak move on terutama bagi pasangan yang terlalu rapat macam saya dan bekas suami”

“Tetapi pilihan kita untuk terus bersedih atau ceria dan saya pilih untuk gembira sebab saya masih ada keluarga dan anak. Setiap kali rasa sedih, saya akan memandang wajah Ayden,” jelasnya kepada Astro Gempak. (rtky/w)