Pempengaruh media sosial Cik B berkata dia cuba mencari kelemahan bakal bapa tirinya, Datuk Fazley Yaakob namun mengakui sukar untuk jumpa kekurangan penyanyi itu.

Memetik Ohmymedia, Cik B berkata dia melihat cara layanan Fazley terhadap ibunya seperti puteri serta menyifatkan bakal tirinya itu seorang yang sempurna.

BACA: “Mama Vida Cantik, Manja” – Anak Fazley Gembira, Mahu Bapa Bahagia 

“Terus-terang, saya banyak mencari salah silap Dida (panggilan Fazley) untuk membuktikan bahawa Mama tidak patut berkahwin dengannya. Saya cuba melihat apa kesalahan yang dilakukan, tetapi saya dapati dia terlalu sempurna sehingga sukar untuk mencari kekurangannya.

“Hal ini kerana cara dia menjaga dan melayan Mama bukan seperti pasangan biasa. Saya sendiri pernah bercinta, tetapi orang yang pernah bersama saya tidak pernah melayan saya seperti itu. Dia melayan Mama seperti seorang puteri, termasuk memakaikan kasut dan sebagainya, seperti Cinderella,” katanya.

Sementara itu, Cik B berkata sebagai anak sudah pasti dia berhati-hati apabila Datuk Seri Vida mahu berkahwin lagi kerana tidak mahu terluka ibunya terluka.

“Syarat saya adalah buat Mama bahagia, menyediakan keperluan Mama dan juga membantu Mama dalam perniagaan. Saya tidak kisah Mama mahu berkahwin dengan sesiapa sahaja, asalkan Mama bahagia.

“Saya cuma minta satu perkara, sekiranya sesuatu tidak berjalan seperti yang diharapkan atau berlaku masalah dalam hubungan itu, saya tidak mahu Mama sakit hati, kecewa atau murung. Itu sahaja yang saya tidak mahu,” katanya.

Sumber: Ohmymedia

×