fbpx

“Best Betul Jadi Lelaki, Kahwin Dengan Kakak, Adik Pun Dapat”

Sejak semalam gambar perkahwinan Emma Maembong bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar menjadi bualan hangat di laman Twitter apabila satu foto memaparkan Emma sedang mencium pipi Chacha Maembong.

Namun, apa yang menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen apabila foto itu yang memperlihatkan suami Emma turut sama mencium adik iparnya di atas pelamin.

BACA: “Dia Lelaki Yang Amat Pentingkan Keluarga, Agama & Matang”

Seperti sudah dijangka, foto tersebut mendapat kecaman netizen yang turut terkejut melihat perkara itu yang disifatkan keterlaluan serta mencemarkan imej Islam.

Malah, netizen berkata seolah tiada batas kerana mereka bukan mahram dan haram bersentuhan. Tidak kurang juga, ada yang memberikan komen sindiran bertanyakan siapa sebenarnya yang berkahwin, Emma atau pun Chacha.

Apa pun kita bersangka baik sahaja, mungkin itu cara mereka tunjukkan kasih sayang. Diharap selepas ini, mereka akan lebih berhati-hati dalam pergaulan antara adik dan abang ipar kerana bimbang boleh mengundang fitnah.