Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Zarina Anjoulie mendedahkan nama beberapa orang artis yang didakwa memperlekehkan netizen di kumpulan Telegram yang diwujudkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Mesej perbualan itu tular di media sosial hingga membangkitkan kemarahan netizen. Turut terkena tempias pelakon Amyza Aznan yang kini sedang berdepan dengan kecaman dan cacian netizen sehingga ada netizen melancarkan boikot terhadap beberapa artis termasuk dirinya.


BACA: Zarina Anjoulie Dedah Artis Hina Netizen IQ Rendah, Ibarat Lembu?

Bagaimanapun, Amyza menyifatkan tindakan pihak memuat naik gambarnya bersama beberapa selebriti berserta empat perkara itu adalah fitnah. Malah Amyza berkata pihak itu berjaya membuat orang percaya dengan rancangan jahat yang diwujudkan.

Empat perkara itu adalah meminta bantuan khas artis, menghina netizen (IQ) rendah, tidak hairan ‘bawang’ netizen dan tidak hirau sokongan netizen.

“Hebat ‘admin’ dan ‘troopers’. Fitnah yang anda rancang berjaya. Anda berjaya membuat orang percaya dengan rancangan jahat anda. Tak apa, kalau rasa dengan fitnah yang sangat jahat ini boleh buat anda seronok, bangga, teruskan.

“Bagi yang kata takut sebab saya tutup komen, malas nak layan. Saya banyak kerja berfaedah lain dari menghadap benda negatif.

“Nak takut dengan kecaman? Saya lagi takut sedang fitnah ini tersebar, manusia sedang leka, tiba-tiba dunia kiamat,” katanya.

Dalam pada itu, di Instagram Story, Amyza berkata, Allah ada untuk membalas segala fitnah yang disebarkan. Apa pun diharap isu di antara artis dan netizen ini akan segera reda.