fbpx

Dibenarkan Rentas Negeri, DSV Terus Ziarah Pusara Anak-Anak

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengambil peluang kebenaran merentas negeri dengan menziarahi pusara dua orang anaknya iaitu Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri.

Menerusi satu perkongsian, Vida berkata ini kali pertama dia menjejakkan kaki menziarahi pusara arwah anaknya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

BACA: Rasa Panas, Nak Muntah Ketika IG Live, DSV Kena Buatan Orang?

“Sewaktu itu mereka 10 tahun dan 11 tahun, dah 8 tahun mereka takde, dan mereka dikebumikan dalam satu liang lahad. Jadi, inilah rentas negeri pertama saya. Anak saya sangat hebat, dua-dua orang ni ahli syurga tertinggi Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikri,” tulisnya.

Vida turut mengenang jika kedua anaknya itu masih hidupsehingga ke hari ini, usia mereka sudah pun mencecah 20 tahun. Vida berkata masih segar di ingatan kejadian meragut dua putera kesayangannya itu, namun dia reda kerana anak-anaknya itu sedang menunggunya di syurga.

“Pemergian mereka umpama saya pun turut ‘pergi’. Tiga bulan saya gagah bangkit melawan kesakitan kehilangan orang yang tersayang yang pergi tak kembali. Anak-anak syurga saya ini sedang menunggu saya di sana untuk kembali bersatu. Tunggu mama dan doakan mama,” tulisnya.

Terdahulu, Allahyarham Eddie dan Edrie dilaporkan meninggal dunia dalam sebuah kebakaran yang berlaku di rumah teres dua tingkat pada tahun 2013.