Diana Tak Mahu Apa-Apa Dari Farid, Minta Dilepaskan Secara Baik
Pelakon Diana Danielle tidak mahu apa-apa daripada suaminya, Farid Kamil serta menolak tawaran perdamaian yang dikemukakan suaminya hari ini.
Memetik Harian Metro peguam yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata aktres itu hanya mahu dilepaskan serta meminta Farid memberi nafkah kepada dua anak mereka.
BACA: “Mencari Penyelesaian Bukan Bermaksud Kembali Bersama” – Diana Danielle
“Anak guam tidak mahu apa-apa daripada Farid dan dia cuma minta dilepaskan secara baik. Cuma satu yang dia minta iaitu Farid tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada dua anaknya selepas mereka bercerai,” katanya.
Menurut Akberdin lagi, Diana berkata rumah tangganya dengan Farid sudah berakhir dan menolak tawaran perdamaian untuk mereka kembali sebagai suami isteri.
“Anak guam saya mahu bercerai dan menganggap perkahwinan antara mereka sudah berakhir dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
“Terma penyelesaian muktamad ini bukan untuk mereka berbaik semula tetapi ke arah perceraian. Saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid semalam. Penyelesaian ini kita akan muktamadkan dan kemukakan di mahkamah kemudian,” katanya.
Hari ini, dalam satu kenyataan dikeluarkan Farid mengemukakan tawaran perdamaian berupa Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya dianggap hadiah, namun, didakwa bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.
- SUMBER
- harian Metro
Ehh tiber byk plk duit die, huhu,.. tula dlu masa jadi suami tak nak hargai btl2, isteri dh tawar hati baru nk bagi2.. apooo
Tawaran pendahuluan nafkah Rm10k tuk march hgga July? Bln lps lom bg nafkah ke? Nie lah punca knp isteri tawar hti bl suami lalai beri nafkah.. auto debit sj lah nafkah.. Knp nk tggu setuju kembali bersama bru nk beri nafkah march.. skrg dh April.. lps nie nafkah August akn byar Sept ke? Suami yg leka n lalai hgga isteri sudah bleh berdikari bayar rumah sendiri.. tawar hti akn mudah terjadi..
Nak pujuk balik tp dok bukak cerita mcm2. Mmg lg la tawar hati uolsss
Sian pulak dd. Hmm moga mereka temui bahagia