fbpx

Diana Rafar, Zamarul Hisham Selamat Timang Anak Ketiga

Tahniah diucapkan kepada pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang selamat menimang cahaya mata ketiga mereka Jumaat lalu. Berita gembira itu dikongsikan oleh Zamarul di Instagramnya semalam.

Menerusi perkongsiannya itu, Zamarul memaklumkan anak lelakinya itu seberat 3.57kg di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor. Zamarul turut berkongsikan gambar bersama cahaya mata ketiganya itu.

BACA: Zamarul Hisham, Diana Rafar Bakal Timang Anak Ketiga

Meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak ketiganya, Zamarul mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan isterinya. Menurut Zamarul anaknya dijangka lahir pada 16 September, tetapi selamat dilahirkan dua hari kemudian.

“Syukur alhamdulillah, kelahiran yang bakal menceriakan lagi keluarga kami. Terima kasih Allah atas rezeki yang diberikan. Terima kasih wahai anakku kerana kelahiranmu membuatkan papa terasa semakin muda.

“Terima kepada kepada yang sentiasa mendoakan Diana. Ingatkan baby nak keluar 16 haribulan, rupa-rupanya dia nak hari Jumaat juga. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan,” tulisnya.

Zamarul dan Diana mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 10, dan Kayla Reysha, 3.