fbpx

Zamarul Hisham, Diana Rafar Bakal Timang Anak Ketiga

Tahniah diucapkan kepada pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Perkhabaran gembira itu diumumkan oleh Zamarul menerusi Instagram semalam.

Zamarul berkongsikan berita gembira itu bersempena ulang tahun kelahitan isterinya yang ke-38. Menerusi entri itu, Zamarul turut meluahkan rasa syukur dipertemukan jodoh dengan Diana.

BACA: Zamarul Hisham Tidak Mahu Campur Urusan Rumah Tangga Orang

Menurut Zamarul, isterinya kini sedang hamil lima bulan dan meminta agar peminat mendoakan semoga proses kehamilan dan kelahiran dipermudahkan serta keadaan bayi mereka baik-baik sahaja.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan untuk mengucapkan tahniah di atas berita gembira itu dan mendoakan agar isteri serta anak dalam kandungannya sihat.

Untuk rekod, Zamarul dan Diana Rafar mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.