fbpx

Diana Rafar: Saya Dah Suruh Dia Cari Pengganti

Mengakui melarikan diri ketika mereka berpisah empat bulan lalu, Diana Rafar menyatakan perkara tersebut dilakukan kerana memberi lampu hijau atau kebenaran kepada suaminya itu untuk mencari pengganti dirinya.

BACA: Zamarul Hisyam & Diana Rafar Sah Kembali Rujuk

“Saya pun beri lampu hijau untuk dia cari pengganti. Empat bulan itu memang dia boleh cari kekasih baharu. Tapi dia tetap menanti saya. Tak dinafikan, saham saya pun naik sebenarnya selepas bergelar janda. Ramai lelaki yang datang nak ambil kesempatan di atas perpisahan ini”

“Tapi saya memilih untuk melarikan diri selama ini. Saya tolak tawaran berlakon dan elak berjumpa dengan orang. Saya tukar nombor telefon. Saya tak ambil manfaat atas status janda sebelum ini. Pada masa yang sama, saya dapat rehatkan diri dan bermuhasabah diri,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, Diana juga menyatakan rasa bertuahnya kerana memilik Zamarul kerana suaminya itu adalah seorang yang banyak membantunya melakukan kerja-kerja di rumah daripada memasang langsir sehinggalah mengelap pinggan sehingga berkilat. Untung sungguh Diana dapat bersatu semula bersama Zamarul.

“Dia boleh pasang langsir. Dalam hati terdetik juga kalau raya nanti, dia tak ada, siapa pula yang nak pasangkan. Pinggan mangkuk pun dia boleh lap sampai berkilat. Patut pun sepanjang ketiadaannya, saya lihat berselerak sahaja rumah ini kerana dia tak ada. Dia layan saya umpama puteri,” seloroh Diana. (rtky/s)

Sumber & Gambar Ihsan: Berita Harian