fbpx

Diana Rafar Reda Terpaksa Gugurkan Kandungan

Tidak sedar dirinya hamil, pelakon Diana Rafar reda apabila terpaksa menggugurkan kandungannya berusia dua bulan selepas berlaku pendarahan selama empat hari sehingga tekanan darahnya menjadi rendah.

Diana berkata dia hanya mengetahui dirinya hamil selepas mengalami pendarahan secara tiba-tiba. Namun, disarankan oleh doktor untuk menggugurkan kandungan berkenaan.

BACA: Diana Rafar, Zamarul Hisham Selamat Timang Anak Ketiga

“Saya tidak tahu pun saya hamil sebenarnya. Cuma sekitar minggu lalu, saya alami pendarahan dan diberitahu doktor bahawa saya sedang hamil dua bulan.

“Tetapi selepas beberapa hari, tekanan darah saya sangat rendah iaitu bawah 70 dan kerap berasa hendak pitam, jadi doktor sarahkan supaya saya ‘cuci’ kandungan (terpaksa digugurkan). Mungkin kerana janin pun sudah tidak elok,” katanya.

Terkilan dengan apa yang berlaku, bagaimanapun Diana dan suaminya, Zamarul Hisham reda dengan segala ketentuan Allah dan mungkin ada hikmah disebaliknya.

“Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Lagi pula anak ketiga saya masih belum berusia setahun.

“Dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih buruk, saya tertanya-tanya juga sama ada saya mampu (untuk hamil) pada ketika ini,” katanya.

September tahun lalu, Daiana selamat bersalin anak ketiga iaitu lelaki. Diana dan Zamarul sebelum ini dikurniakan dua anak, Kashfi Haiqal, 11, dan Kayla Reysha, 4.