Diana Rafar Failkan Perceraian, Redha Dengan Apa Yang Terjadi
Desas-desus yang mengatakan rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisham goyah sebelum ini nampaknya sudah tidak dapat dipertahankan lagi apabila Diana sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu hari ini di mahkamah di Shah Alam.
“Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya redha dengan apa yang terjadi,” katanya seperti yang dipetik di Berita Harian.
Selain itu, Diana yang juga sudah mengenakan tudung sejak Disember lalu dan mengakui ujian tersebut menjadikan dirinya lebih kuat lagi.
“Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.
“Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.
“Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini,” katanya tenang. (rtky/syfq)
bagus da bertudung … Harap jodoh masih panjang..
Is ok tk pe la klu jodoh dh takat tu diana…u bukn tk cantik pun so just go for your future n focus for the business and ank is better. .
Pls… jgnlah bercerai… carilah jln utk bersama spt dulu……
bertabahlah Diana… ada hikmah disebalik ketentuan ni
Ambil masa sehari semalam, pergi bercuti ke mana2 hanya anda berdua. Refresh balik bagaimana Zamarul mengorat Diana, bagaimana cinta mula berputik, saat indah diijab kabulkan.. kenang balik semua tu… Kemudian cuba check balik kesilapan diri masing2. perbetulkan. indahkan semula alam perkahwinan anda. Cuba sedaya upaya. Elakkan bercerai. Kesian anak yg comel tu.
sekarang ni musim artis bercerai pulak ke?
tak pe…Zamarul tak mau…..saya sedia ambilalih
Semoga ada jln & terus kekal bahagia.. lawat http://demibahagia.my
Ambik masa begitu lama bercinta sebelum nak kawen, alih2 nak bercerai pulak…fikir masak2 both Diana n Zamarul…mesti Perasaan cinta Dan Sayang tu masih ada kann..doakan agar korang tak jadi becerai berai
Muhasabah diri kembali. Sebaik nya fikirkan semula. Pernah tak menyakiti atau memalukan sesiapa sebelum bernikah dulu. ? Dah mohon maaf belum? Namun begitu. .semoga beroleh kehidupan lebih baik selepas ini
Saya doakan yg terbaik utk kalian berdua. Semog as diberi petunjuk dan hidayah drNya
lebam bijik mata si diana ni tension sgt bercerai je lah.
Kalau bernikah dengan duda ( yang bercerai dengan isteri sebelum ni ) dan kemudiannya rumah tangga anda dan dia hancur .. pastinya suami atau lelaki itu bermasalah.
apa dah…cerai berai ni…..apa la artis niii
lumrah kehidupan artis….mcm drama gak yg depa berlakon…
Sabar dgn dugaan..