fbpx

Diana Danielle Tak Hamil, Selera Makan Bertambah

Perubahan fizikalnya yang dikatakan semakin berisi, pelakon Diana Danielle menafikan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Diana berkata dirinya kini berada dalam perubahan selera makan semakin bertambah.

BACA: “Cakap Je Kau Stim Tang Farid Kamil” – Diva AA Sindir Diana Danielle?

“Seperti yang anda lihat, berat badan saya semakin bertambah. Terimalah kenyataan bahawa saya ada selera untuk makan ketika ini. Saya sejenis yang susah ada selera dan makan sikit. Saya juga tak suka makan sampai rasa kenyang,” katanya.

Dalam perkongsian itu juga, Diana berkata dia kini dalam fasa membenarkan berat badannya bertambah sebelum sifat malas makan kembali semula.

“Jadi, sementara masih berselera dan seronok menikmati makanan, saya benarkan diri untuk tambah bedan sebelum satu masa nanti akan malas makan semula. Memang dah begini sejak dulu, jadi saya tidak hamil,” katanya.

Sebelum ini hangat diperkatakan Diana didakwa berbadan dua selepas dia dan suami, Farid Kamil kembali rujuk pada September lalu.