fbpx

Diana Danielle Rela Beli Baju Pasar Malam Demi Anak

Setiap ibu bapa pasti sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan keperluan anak-anak dipenuhi dengan sempurna kerana anak-anak adalah anugerah Tuhan yang terindah. Begitu juga dengan Diana Danielle yang tidak kisah jika dirinya terpaksa memakai baju yang di beli di pasar malam sahaja demi ingin menyimpan wang untuk anak-anaknya.

BACA: Diana Danielle Perjelas Fitnah Halau Pelajar Tahfiz

“Saya tidak kisah jika terpaksa membeli baju di pasar malam asalkan saya tidak membazir wang. Ini kerana saya sudah puas mengecapi apa yang dikehendaki ketika zaman remaja dulu. Selepas ini jika teringin baju baharu, saya akan mendapatkannya di pasar malam sebab saya mahu simpan wang untuk masa depan anak-anak kerana ingin membelikan setiap mereka rumah.”

“Hari ini saya mencari rezeki untuk anak-anak. Jika dulu saya pakai barangan berjenama, tetapi kini semua itu bukan lagi keutamaan. Selepas Muhammad lahir, saya tidak lagi keluar membeli-belah untuk diri sendiri. Baju, beg dan kasut yang dibeli dulu masih boleh digunakan, tidak perlu membazir,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara itu.

Pada masa yang sama, Diana berkata bahawa tumpuannya kini lebih berarah kepada kehidupan kedua anaknya. Terdahulu, Diana telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal, Farid Kamil pada penghujung 2012. Hasil perkahwinan selama empat tahun lalu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 3 tahun dan Nur Aurora yang berusia 7 bulan. (rkty/w)