Diana Danielle Rancang Mahu Tambah Anak Tiga Tahun Lagi
Lama kami tidak menulis tentang perkembangan Diana Danielle selepas beliau kembali aktif dalam dunia seni dan kini khabarnya sedang giat menulis skrip teater selepas tamat pengajian beliau di National Institute of Dramatic Art (Nida), Australia.
Selepas muncul dalam Kami Histeri yang ditayangkan di seluruh neraga baru baru ini, Diana Danielle berkata yang beliau akan lebih selektif untuk berlakon dalam mana mana filem selepas ini dan bukan kerana hanya mahu kekal dalam industri.
“Saya tidak mahu berlakon banyak filem untuk terus kekal dalam industri ini. Bagi saya biarlah apa yang saya lakukan itu adalah hasil yang terbaik”
“Memang saya meletakkan standard untuk menilai lakonan sendiri setiap kali filem saya muncul di panggung. Itu merupakan kepuasan untuk saya. Ia mestilah bermula dari kekuatan skripnya, pelakon dan pasukan produksi itu sendiri,” jelas Diana Danielle.
Bercakap kepada Sinar Harian juga, isteri kepada Farid Kamil ini turut mendedahkan perancangan beliau untuk menambah anak dalam tempoh tiga tahun akan datang dan turut menjelaskan kenapa tubuh badannya kini semakin kurus gara gara anaknya, Muhammad.
“Sebenarnya, berat badan saya sama sahaja seperti dulu. Seperti wanita hamil lain, saya juga mengalami penurunan berat badan setelah melahirkan anak. Saya juga tidak mengamalkan diet — tetapi setiap kali makan, saya akan lebihkan sayur-sayuran”
“Itu adalah masa terbaik kerana kami mahu memastikan Muhammad mendapat kasih sayang yang tak berbelah bahagi daripada orang tuanya. Saya akan pastikan Muhammad juga mendapat pendidikan agama terbaik selepas ini,” tambahnya lagi.
nyampah dengan dd.xmnat
rsnyer dd ni sblom kawen cntik je…dh kawen x cntk plak…
Aduh…nk wat projek tmbah ank,kne bgtu stu msia ke???aku igt kn che ta je yg lbh bgai..klu dh artis tu…artis jgak.
This Is What Women Really Want !!
KLIK HERE !!
Dia da takde cerita ke..next..next
betul3.. aku pon tak minat sejak dia jd anak derhaka… sian mak dia…
tambah anak 3 tahun lagi? jangan 3 tahun lagi bercerai pulak udah lerrr
dah kwin da xcntk mcm org tua plk.ha3x
Kesian nenek x dapat pegang cucu dia…farid,kejamnya kamu. Kalau mak DD sakit teruk,mcm mana. Takkan x nk p lawat….Syurga weh…hmmmmmmm
aik dah habis study?
bkn laku dh dh kawen da branak…..lakipon sm…..c lisa pon samor