fbpx

Diana Danielle Nafi Terima 8 Cincin Daripada Farid Kamil

Pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan yang dibuat suaminya, Farid Kamil bahawa dia menerima lapan bentuk cincin.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Diana berkata Farid memberikan cincin berkenaan kepada anak lelaki mereka, Muhammad untuk diserahkan kepadanya.

BACA: Farid Kamil Nak Bawa Isteri & Anak-Anak Rai Aidiladha Di Kedah

Menurut Diana lagi, dia tidak selesa mengenai perkara itu namun mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang reaksi mengenai pemberian berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak menerima lapan bentuk cincin itu. Farid memberi kepada anak lelaki kami, Muhammad dan meminta menyerahkan kepada saya. Saya tidak selesa mengenai perkara tersebut dan memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Diana berkata dia tidak pernah mengucapkan terima kasih di atas pemberian perbekaan malah sudah menolak melalui peguamnya. Malah, Diana turut meminta suaminya itu tidak memberikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi.

“Saya juga tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana menolak cincin tersebut melalui peguam saya. Namun dia menggunakan anak lelaki untuk menyerahkan kepada saya. Sekarang dah terbuka mengenainya, tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” tulisnya.

Hari ini, Farid yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari memberitahu isterinya sudah menerima barangan kemas yang diberikan melalui dua anak mereka iaitu Muhammad dan Aurora.