fbpx

Diana Danielle Luah Hasrat Mahu Berehat Dari Dunia Seni

Baru-baru ini pelakon Diana Daniel membuat pengumuman mengejutkan peminatnya apabila meluahkan hasrat mahu memperlahankan kerjaya seninya untuk memberi fokus pada kepada anak-anaknya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Diana menerusi Instagram miliknya pada 9 Disember lalu. Menerusi perkongsian itu, Diana berkata sebagai seorang ibu sukar baginya untuk berjauhan dengan anak-anak.

BACA: Diana Danielle Dikecam Pertikai PKPB Diumum Saat Akhir

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

“Tiada seorang ibu pun rasa gembira apabila berjauhan dengan anak mereka. Saya bukan jenis ‘clingy’ tetapi sekarang saya pula jadi begitu.

“Setiap kali berada di set penggambaran, hati pasti rasa berat dan bersalah kerana tidak dapat luangkan masa bersama anak,” katanya.

Setiap kali selepas tamat satu projek, dia akan berehat sebulan untuk memberi tumpuan kepada keluarga sepenuhnya. Diana berkata setiap kali mahu pergi kerja dia meraskan sangat berat walaupun berlakon merupakan minatnya

“Setiap kali mana-mana projek berakhir, saya akan berehat sekurang-kurangnya selama sebulan, kemudian baru boleh pujuk hati untuk bekerja semula.

“Saya perlukan masa itu sebab akan rasa sangat stres (tertekan) apabila rindu anak-anak, ketika itu emosi akan sangat terganggu dan tak ada hati nak bekerja,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Diana bercadang ingin memperlahankan kerjaya seninya bermula pada tahun hadapan dan mahu melakukan banyak perkara serta meluangkan masa bersama anak-anak.