fbpx

Diana Danielle Dikecam Pertikai PKPB Diumum Saat Akhir

Umum mengetahui Isnin lalu kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.

Pengumuman di saat akhir itu ternyata mengejutkan rakyat termasuklah pelakon Datin Diana Daniella yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana merasakan ianya tidak adil apabila perkara itu diberitahu di saat akhir.

BACA: Diana Danielle Dedah Kehidupan Sebenar Anak Seni

“Kenapa tak boleh bagitahu CMCO ni 2-3 hari sebelumnya? Kenapa sehari ja? Ini sama sekali tidak adil.

“Kelam kabut tak memasal kerana anda tidak dapat gauge untuk beberapa hari lagi! Bukankah itu jelas? Sudah jelas bagi kita dalam seminggu yang lalu apa yang akan ditimbulkannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, isteri kepada pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil itu berkata mempunyai alasan kukuh untuk berasa panik kerana dia kini berada di luar Kuala Lumpur.

“Masa MCO kitaorang tinggal Kuala Lumpur ja sepanjang 3 hingga 4 bulan tu.  Yang lari orang lain, yang kena org lain. Salah tembak ni. Dan saya tidak berada di Kuala Lumpur sejak 3 hari yang lalu, bahkan sebelum pengumuman CMCO.

“Oleh itu, saya mempunyai sebab untuk panik. Don’t trash your assumptions to me lol,” tulisnya.

Bagaimanapun perkongsian Diana Danielle itu mengundang kecaman daripada netizen yang tidak bersetuju dengan luahannya itu. Kata netizen lagi, memang kebiasaannya PKPB akan diumumkan sehari atau dua hari awal.

Dalam pada itu, netizen berkata jika diumumkan seminggu awal pasti ramai yang akan balik kampung dan kerajaan tidak akan laksanakan secara suka-suka tetapi selepas berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan  kes yang dicatatkan sangat membimbangkan.