fbpx

Diana Danielle Jadi Gadis Penghias InTrend November 2011, Kahwin 2013

Kenyataan merancang untuk kahwin pada tahun 2013 bukan datang dari mulut Diana Danielle — kami pun tahu tulis tajuk propa.

Farid Kamil melalui sebuah ruangan hiburan hujung minggu lalu ada menyuarakan hasrat untuk melamar kekasih hati, Diana Danielle pada tahun 2013 nanti.

Tidak kami mahu sentuh maklumat terperinci tentang rancangan Farid Kamil ini, cuma mahu highlight sedikit kata kata Diana Danielle melalui majalah InTrend edisi November 2011.

Menurut Diana Danielle, ibu beliau memang kurang senang apabila beliau bercinta dengan mana mana lelaki — bukan hanya Farid Kamil dan menurut beliau mungkin hanya selepas bernikah ibu’nya akan senang hati.

Selain itu, menurut temubual dalam majalah tersebut juga, Diana Danielle berkata beliau kini sedang berjinak jinak dengan bidang penulisan skrip untuk drama untuk mengembangkan bakat dalam dunia seni.

Mahu tahu maklumat lanjut tentang apa lagi yang Diana Danielle katakan tentang kehidupan terkini beliau, dapatkan edisi terbaru InTrend di pasaran sekarang. Hanya RM7.50 untuk kepuasan anda.