fbpx

Diana Danielle Pula Fail Nusyuz Terhadap Farid Kamil

Pelakon Diana Danielle hari ini memfailkan nusyuz terhadap suaminya, pelakon Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Memetik mStar Online, peguam yang mewakili Diana iaitu Azmi Mohd Rais berkata tuntutan itu dibuat atas alasan Farid tidak menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangganya.

BACA: Diana Danielle Nafi Terima 8 Cincin Daripada Farid Kamil

“Pihak kami baru memfailkan nusyuz terhadap Farid atas alasan tidak menjalankan tangungjawab dalam rumah tangga,” katanya.

Diana sebelum itu hadir ke mahkamah bagi menghadiri sebutan semula tuntutan nusyuz dibuat Farid pada 6 April lalu. Bagaimanapun kes itu ditangguhkan pada 23 Ogos berikutan Farid tidak hadir pada prosiding berkenaan.

Difahamkan, Farid memaklumkan dia positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, Diana berkata tindakannya memfailkan nusyuz terhadap Farid disifatkan proses biasa bagi pasangan yang berdepan kemelut rumah tangga dan setiap pasangan ada hak untuk failkan tuntutan di mahkamah.

“Ini masih peringkat awal. Ini adalah proses biasa. Semua pihak ada hak untuk memfailkan tuntutan mereka,” katanya.

Terdahulu, Farid memfailkan perintah kembali taat dan tuntutan sabitan nusyuz terhadap Diana pada 6 April lalu.