fbpx

Diana Danielle Dedah Belum Daftar Pengesahan Rujuk Di Mahkamah

Pelakon Diana Danielle mengakui masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk dengan suaminya, Farid Kamil di mahkamah sejak 31 Ogos lalu.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Memetik Hib Glam, Diana berkata perkara itu tidak akan mengubah apa-apa mengenai hubungannya dengan suami kerana sudah kembali berbaik.

BACA: Diana Danielle Tak Hamil, Selera Makan Bertambah

“So what’s the point (Apa keperluannya)? Perkara itu tidak penting sebab kami sudah secara rasmi rujuk.

“Kami sudah rujuk secara rasmi dan tukar di atas kertas pun tidak mengubah apa-apa pun. Bukannya kami tak mahu failkan di mahkamah tetapi itu semuanya untuk secara rasmi sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Diana berpendapat pengesahan rujuk tidak penting dan belum bersedia untuk hadir ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

“Nanti kalau sudah bersedia, kami akan lakukan. Lainlah kalau sebelum ini saya cakap tak pernah jadi (rujuk), maka akan berlaku konflik di situ.

“Semua orang pun sudah tahu kami telah rujuk malah secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa. Cuma secara undang-undang sahaja belum. Cuma sekarang ini, mahkamah lagi ke, sekejap ya,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu, namun kembali rujuk semula pada 31 Ogos.