fbpx

Diana Danielle Dakwa Farid Tengking, 4 Bulan Tak Bayar Nafkah

Semalam pelakon Farid Kamil meminta isterinya Diana Danielle agar tidak memperbesarkan isu seperti anak mereka, Aurora yang memetik cili di rumah jiran hingga ke mahkamah.

Terbaru, menerusi perkongsian di Insta Story Dia mendakwa Farid tidak membayar nafkah selama empat bulan. Malah, kos ibadah umrah mereka sekeluarga juga ditanggung olehnya.

BACA: “Janganlah Heret Benda Kecil Seperti Petik Cili Ke Mahkamah” – Farid Kamil

Menurut Diana, suaminya berkata mahu membayar semula kos penerbangan dan hotel ketika mereka berada disana namun sehingga hari ini tiada bayaran dibuat.

“Bulan ni dah masuk 4 bulan tak bayar nafkah. Trip ke Mekah, saya bayar untuk semua 4 beranak. Saya tak harap pun dia bayar balik sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik. 

“Tapi dia sendiri cakap, dia akan cover balik kos flight dan hotel di Mekah. Malangnya, sampai hari ini tinggal kata-kata.

“Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu) dan apa lagilah, tapi nafkah dan hutang masih tergantung,” katanya.

Sementara itu, Diana berkata Farid dilihat berubah dan baran terhadap hal remeh pada malam sebelum insiden anak perempuannya, Aurora insiden memetik cili di rumah jiran.

“Dia dah mula tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semua hal yang sangat remeh. Sampai tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia. Petang dia tengking Aurora insiden petik cili. 2 hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong saya sebab dia sangat takut.

“Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam itu sebab dia nak sambung ‘ajar’. Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, dah la ditengking sepuas hati dari petang. Dia tak bagi anak tidur dengan saya.

“Saya tetap berkeras nak bawa anak masuk bilik kerana takut apa lagi tindakan seterusnya. Sebelum keluar, dia ugut akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas. He was emotionally unstable,” tulisnya.

Dalam pada itu, Diana berkata cara Farid memberi pengajaran kepada Aurora sangat keterlaluan. Kata Diana lagi, diasedar bahawa Farid tertekan kerana dia meminta cerai dua hari sebelum kejadian itu.

“Bukan niat mencuri. Dengan keadaan dia yang tak boleh kawal emosi, saya terpkasa telefon polis untuk keluar dari rumah sebab tak tahu apa lagi yang akan berlaku esoknya.

“Dia dah ugut nak sambung hukuman dan pukul Aurora. Cukup! Kalau dua hari itu pun tak berhenti baran tanpa sebab dekat anak. Saya tahu dia tertekan bila saya minta cerai dua hari sebelum itu,” tulisnya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Diana berkata kenyataan dikeluarkan suaminya didakwa tidak berasas dan dia bakal meneruskan segalanya di mahkamah.