fbpx

Diana Danielle Berhenti Berlakon Selepas Kahwini Farid Kamil?

Tinggal kurang dua minggu sebelum pasangan ini di’satukan & mereka terus menjadi topik perbualan para peminat dan pihak media. Semua’nya gara gara terkejut. Heh.

Diana Danielle & Farid Kamil bakal bernikah pada 3 November ini di Hotel Flamingo, Ampang dan dengarnya pasangan ini sedang sangat sibuk dengan segala persiapan.

Bercakap kepada Harian Metro, Diana Danielle mendedahkan yang beliau bakal menceburi bidang perniagaan baru selepas bergelar isteri kepada Farid Kamil kelak.

“Saya dambakan sesuatu yang lebih stabil atau bekerja dari rumah. Dengan cara itu saya dapat fokus pada anak. Sebagai wanita, saya kena fikir perkara ini,” ujar Diana Danielle.

Aktress ini turut menyebut yang beliau kini sudah bosan hidup dalam dunia glamor dan puas meniti kejayaan juga zaman kejatuhan beliau dalam dunia hiburan selama ini.

“Saya mahu jadi orang biasa dan tidak pernah meletakkan diri sebagai selebriti. Lakonan itu kerjaya,” ujar beliau yang akan menjadikan bidang lakonan sebagai karier sambilan.