fbpx

Diana Danielle Bakal Sambung Belajar Ke Australia Selepas Kahwin

Adakah selamat kami katakan yang Farid Kamil mengambil keputusan untuk bernikah awal adalah kerana Diana Danielle akan berjauhan selama setahun lamanya? Heh.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Diana Danielle berkata yang beliau akan menyambung pelajaran ke bumi Australia awal tahun hadapan selepas selesai hal perkahwinan.

Tunang kepada Farid Kamil ini akan melanjutkan pelajaran dalam jurusan produksi siaran langsung di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia selama setahun.

“Sebenarnya saya hanya mengambil kursus intensif & selepas kami berkahwin, saya akan sambung pelajaran sekitar awal tahun hadapan. Butirannya masih terlalu awal untuk dikongsi”

“Namun, nampaknya, kami terpaksa berjauhan buat sementara selepas kahwin nanti. Itu pengorbanan yang harus dilakukan demi masa depan kami berdua,” jelas Diana Danielle.

Menariknya, Diana Danielle juga menyebut yang Farid Kamil akan turut melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah di Malaysia dalam masa yang sama. Oh perfect!