fbpx

Dian Sastro Wardoyo Tiru Nabi Dalam Mendidik Anak

Dian Sastro Wardoyo yang merupakan tonggak utama filem Ada Apa Dengan Cinta satu ketika dahulu mengakui bahawa dia inginkan anak-anaknya menjadi insan berguna. Berdiri di atas kesedaran tersebut, dia berusaha menerapkan ajaran Nabi Muhammad dalam mendidik kedua buah hatinya.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

BACA: Cinta Dan Rangga Kembali Dalam Sekuel Pendek Ada Apa Dengan Cinta

“Saya sedikit mengambil cara mendidikdari Rasulullah. Tapi nggak terlalu detail dan sama persis apa yang dilakukan Rasullulah,” kata Dian Sastro yang meletakkan pendidikan agama untuk anak-anak sangatlah penting dan juga merasa wajib mengajarkan ilmu agama kepada anak-anak, walaupun hanya sedikit.

Malah, pelakon ini juga mengambil langkah untuk turut sama mengajarkan pembantu rumahnya surah-surah pendek di dalam Al-Quran supaya ketika dia tiada di rumah, pembantu itu dapat menyampaikan ajaran tersebut kepada anak-anaknya.

“Doa-doa pendek suka saya bacakan ke anak. Asisten anak-anak saya juga saya imbau untuk mengajarkan bacaan surat pendek. Jika saya tidak berada di rumah, maka para asisten rumah tangga akan mengajarkan ilmu agama kepada anak-anak saya,” ujar pemilik nama lengkap Dian Paramita Sastrowardoyo itu.

Dian telah berkahwin dengan suaminya, Indraguna Sutowo pada 2010 dan kini dikurniakan sepasang cahaya mata, Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo (anak lelaki) dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo (anak perempuan). (rtky/syfq)