Buat para peminat filem romantis zaman remaja Ada Apa Dengan Cinta (AADC) ini merupakan satu berita gembira untuk anda semua apabila watak Cinta & Rangga kembali dalam sebuah filem pendek yang dibawakan khas oleh aplikasi LINE.

Sekuel pendek berdurasi 10 minit ini mengambil tempat 12 tahun selepas berakhirnya kisah Cinta dan Rangga di lapangan terbang selepas si jejaka mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di bumi Amerika Syarikat meninggalkan Cinta.


Nicholas Saputra & Dian Sastrowardoyo serta pembawa watak lain Maura, Milli, Karmen dan Alya kembali dalam filem pendek ini untuk mengubati kerinduan anda semua.

“Ini awal, bukannya akhir. Mudah-mudahan this is new beginning of something. Filem AADC itu berakhir di airport, tapi akan ada sesuatu yang baru,” ulas Nicholas Saputra tentang sekuel pendek ini seperti dilaporkan media Indonesia baru baru ini.

Nak tahu apa terjadi antara Cinta & Rangga ketika ini, saksikan filem pendek di atas. (rtky/m)