Umum mengetahui, kemelut antara Mizz Nina dan penyanyi Noh Salleh berkenaan isu anak angkat mereka, Musa masih tiada kesudahan lagi serta menjadi bualan ramai di media sosial.
Semalam, menerusi satu temu bual suami kepada Mizz Nina iaitu Essam Muhammad meminta Noh untuk berkomunikasi dengannya jika ada sebarang urusan.
BACA: “Noh Beri Informasi Yang Salah Kepada Semua” – Suami Mizz Nina
Essam yang mewakili isterinya menghadiri prosiding sulh anak angkat mereka berkata dia adalah mahram kepada Nina dan meminta Noh dia mencari isterinya.
Sementara itu, komen Fynn Jamal menerusi satu video temu bual Essam menjadi perhatian ramai apabila seorang menyindir seseorang.
Komen Fynn itu sekaligus mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen, namun penyanyi itu hanya mendiamkan diri tanpa membalas komen.