Suami kepada Mizz Nina iaitu Essam Muhammad meminta Noh Salleh untuk berkomunikasi dengannya jika ada sebarang urusan.
Memetik mStar Online, Essam yang mewakili isterinya menghadiri prosiding sulh anak angkat mereka berkata dia adalah mahram kepada Nina dan meminta Noh dia mencari isterinya.
“Saya adalah mahramnya. Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya media sosial saya masih publik,” katanya.
Sementara itu, Essam berkata nama sebenar anak angkat mereka itu bukan Musa Mohamad Noh bin Abdullah seperti yang didedahkan penyanyi itu.
“Saya ingin menegaskan nama penuh Musa yang kononnya disebut di internet tempoh hari adalah tidak benar.
“Dia (Noh) telah memberi informasi yang salah kepada semua. Namun saya enggan mendedahkan nama penuh Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum,” katanya.
Dalam pada itu, Essam menegaskan isterinya mempunyai dokumen hak penjagaan yang sah terhadap Musa.
“Isteri saya mempunyai dokumen sah untuk menjaga Musa. Tiada seorang anak pun patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan ibu bapanya,” katanya.