Pempengaruh media sosial, Ameera Khan akhirnya bersuara selepas dikecam dikatakan tidak sensitif terhadap isu P*lestin.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ameera berkata meskipun dia berdiam diri tidak bermakna dia tidak mennyokong perjuangan tersebut termasuk mereka yang mengikuti misi Global Sumud Flotilla.

BACA: “Hebatnya Wanita Kelantan” – Enggan Buka Jaket, Ameera Khan Dipuji Jaga Maruah

“Hati dan doa saya sentiasa bersama rakyat Palestin serta mereka yang berada di atas kapal Sumud Flotilla.

“Ketahuilah bahawa saya berdiam bukanlah tanda berkecuali dan kerja saya tidak pernah mencerminkan pendirian saya terhadap kemanusiaan, tak mengubah apa yang saya yakini dan siapa yang saya sokong.

“Tanggungjawab kerja saya tidak seharusnya disalah tafsir sebagai ketidakpedulian. Kepercayaan dan sisi kemanusiaan saya sentiasa bersama Palestin,” katanya.

Sementara itu, Ameera berkata sudah pasti dia sama seperti individu lain mahu melakukan sesuatu untuk membantu perjuangan P*le*tint etapi hanya mampu menitipkan doa buat mereka serta peserta GSF.

“Seperti orang lain, saya juga berharap dapat melakukan lebih banyak lagi.  Buat masa ini, saya berdoa untuk semua yang berada di atas kapal Sumud Flotilla, berdoa untuk Palestin untuk kebebasan, maruah dan hak mereka untuk hidup dalam keamanan,” katanya.

Sebelum ini, nama Ameera menjadi bualan apabila ada netizen bertindak untuk melancarkan gerakan boikot serta tidak mengikutinya di media sosial kerana dilihat masih lagi mempromosikan barangan yang diboikot.

×