Pasti ramai tahu sekarang sedang hangat drama Suamiku Anak Mak gandingan Emma Maembong, Keith Foo dan Izzue Islam sehingga menjadi bualan di media sosial.

Di laman Threads, seorang individu memuji lakonan Emma dalam drama berkenaan apatah lagi reaksi wajah yang diberikan dalam satu babak sememangnya ‘real’.

BACA: “Emma Tak Pandang Harta, Lebih Pentingkan Hati Budi” – DJ Kidd

View on Threads

Tambah individu lagi, dialog yang dilontarkan Emma terhadap ibu mentuanya yang dilakonkan Dian P. Ramlee sememangnya cemerlang. Kata individu lagi, bukan babak itu sahaja malah dalam drama-drama lain lakonan Emma sememangnya ‘menjadi’.

×