fbpx

“Dia Tetap Kena Bayar Denda, Terbukti Dia Bersalah…” – A.Aida

Penerbit Datuk A. Aida menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan bayaran ganti rugi sebanyak RM203,000 yang diperintahkan kepada pelokon Amelia Henderson sebelum ini.

Memetik mStar Online, Aida berkata dia tetap menganggap menang dalam kes berkenaan meskipun jumlah yang perlu dibayar bukan seperti yang disebut sebelum ini.

BACA: Amelia Henderson Tak Perlu Bayar RM200,000, A.Aida Putih Mata

“Kita kena hormat keputusan mahkamah dan saya reda…Bagaimanapun dia tetap kena bayar denda. Jadi disitu terbukti dia bersalah kerana melanggar kontrak.

“Walaupun bukan jumlah yang disebut sebelum ini saya tetap saya menang. Kalau dia kena bayar RM100 pun saya memang dala kes ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aida berkata tindakan dia memfailkan sama supaya memberi pengajaran kepada pelakon supaya tidak sewenangnya melanggar kontrak agar tidak menykarkan urusan penggambaran.

“Ada juga rasa kecewa apabila keputusan mahkamah tidak mengenakan bayaran seperti sebelum ini.

“Selama ini saya berjuang sebab nak beri pengajaran kepada pelakon supaya tidak lagi melanggar kontrak. Dia tarik diri sehari sebelum penggambaran dan itu menyusahkan produksi. Ramai pelakon yang tarik diri tapi bukanlah di saat-saat akhir. Disebab itu saya tak boleh terima,” katanya.

Sementara itu, Aida berkata dia tiada masalah untuk bertemu dengan Amelia. Malah, Aida mengakui sukakan Amelia dan disebabkan itu dia menawarkan aktres itu untuk berlakon.

“Dia tetap my sweet sister. Saya suka Amelia dan sebab itu saya panggil dia berlakon. Masalah peribadi dan kerja tidak boleh disatukan.

“Kalau jumpa dia selepas ini saya tiada masalah untuk peluk cium Amelia. Kita kena profesional dan saya tidak berniat pun nak bergaduh dengan dia,” katanya.