“Dia Pakai Seluar Pendek Pun Tak Reti, Singlet Pun Tak Tau Pakai…”
Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai pelakon Nonny Nadirah apabila memuat naik foto seksi di Instagram miliknya.
Susulan tindakan Nonny itu, pelakon Ika Nabella yang mula rimas apabila ramai pihak mahu mencarinya kerana mahu bertanyakan mengenai rakan baiknya itu.
BACA: Nonny Nadirah Berkemban, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur
Enggan mengulas mengenai isu itu, Ika meminta semua pihak berhenti menilai seseorang kerana kita semua pendosa dan Allah masih menutup aib kita.
“Nak beritahu, tak payah la cari saya, tak payah WhatsApp saya update apa-apa. Bukannya saya tak ada IG dia. Saya nampak dia post. Sungguh menyedihkan, saya menangis dan berfikir sejak perkongsian pertama tapi saya tak mahu bercakap tentang perkara itu kepada sesiapa.
“Saya tak mahu ulas apa-apa sebab saya manusia biasa. Apa kita lalui berbeza, nikmat dan dugaan hidup kita juga berbeza. Tapi hakikatnya kita semua sama, kita semua adalah pendosa. Allah tutup aib kita. Bagi dia masa, dia akan okay.
Dalam pada itu, Ika memberitahu dia sangat mengenali hati budi rakannya yang sememangnya baik hati dan mengutamakan orang tersayang terutama ibunya.
“Saya kenal hati budi dia. Dia tidak seperti itu. Kalau dulu saya selalu menjadi yang jahat, pakai seluar pendek pun dia tak reti. Singlet pun tak tahu pakai, saya yang mengajar dia fesyen bodoh.
“Dia tak pernah nak ikut pun. Malu dia kata, dia ada prinsip. Dia tahu tujuan hidup dia. Dia tahu siapa diri dia, keutamaan dia. Dia hidup untuk mama dia,” katanya.
Ika turut mendedahkan sikap rakannya itu yang tidak gemar berkongsi masalah sejak dahulu lagi dan lebih suka memendam perasaan.
“Aku ada saja di sini. Aku tak nak balik-balik call kau, nanti kau benci. Kalau kau depan aku mungkin aku lempang kau dulu baru peluk kau sebab tak kongsi dengan aku masalah kau.
“Inilah perangai buruk kau daripada dulu, suka diam-diam simpan maslah lepas tu buat hal. Jaga diri okay Kau ok tu aku tahu. Bila-bila masa kau perlukan aku call, aku ada saja ni,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Tak yah nak jaga tepi kain orang la, dosa pahala tu antara dia dengan tuhan bukan netizen
Mari la kita sama2 berendam dalam tong mandi plastik untuk menyelami masalah ini..
Jom
Luaran kadang x sama dgn dalaman iman s seseorg…
Bisikan syaiton tak mengenal manusia muda atau tua..setiap masa mengasut
Semoga kita semua diberi kekuatan menghadapi cabaran dan sempat bertaubat….
Yelah dia lebih tau isi hati kawan dia, ini baru kawan yg baik
Sy pun kenal hati budi nonny nadirah ni. Sy tahu sangat isi hati nonny. Dia bukan perempuan spt yg digambarkan. Mungkin dia pos gambar berkemban dlm besin tu untuk menunjukkan dia sedang menyejukkan hatinya. Lagi pulak takkan nak pakai purdah mandi dlm besin. Namun, sy teransang jugak nengok dia berkemban sebab dia tetap cantik.
shut up u pervert?
Acik gerenti lps ni mesti besen merah mcm nonny berendam tu laku kerasssss..
Tambah lg yg ada cat2 putih kat tepi besen tu…
Mageret Roby, you dyke?
wlaupn kak nonny mcmtu..sy tetap minat dia..mesti ade sbb.. hrp kak nonny berubah balik seperti dlu dgn menutup aurat…