fbpx

“Dia Ikhlas Sayang Anak Saya, Buka Pintu Hati Saya”

Mengakui kini sedang mengenali hati seorang jejaka muda, Elly Mazlein memberitahu hatinya terbuka menerima jejaka tersebut kerana keikhlasannya menerima anaknya, Sefhia dan menyayanginya sepenuh hati.

BACA: Elly Mazlein Sudah Temui Pengganti?

“Keikhlasannya menyayangi Sefhia membuka pintu hati saya menerima cinta baru. Kami masih lagi dalam fasa perkenalan. Papa adalah nama yang dipanggil oleh Sefhia dan Sefhia pun nampaknya, mula selesa dengannya”

“Papa juga sayang Sefhia seperti anaknya sendiri. Kasih sayang itu nampak sangat ikhlas dan bukan dibuat. Saya terbuka hati untuk menerimanya kerana dia sanggup keluar bertiga kerana saya akan sentiasa membawa Sefhia bersama”

Jelas Elly, usia muda bukan penghalang hubungan mereka kerana sisi matang jajaka tersebut menawan hatinya. Malah pada usia muda, jejaka itu sudah mempunyai kediaman sendiri dan simpanan untuk masa depan.

“Walaupun dia masih muda, tapi fikirannya sangat matang. Dia sentiasa bersiap sedia untuk kehidupannya, contohnya dah ada rumah sendiri dan simpanan untuk masa depan,” jelasnya kepada Harian Metro. (rtky/w)