fbpx

“Dia Cabar Iman Saya, Kacau Hidup Saya & Fitnah Saya”

Nampaknya tahap kesabaran pelakon Rabecca Nur Al Islam tidak dapat dibendung lagi. Baru-baru ini, Rabecca mendedahkan ada seorang pengguna Instagram benar-benar membuatkan beliau berang apabila cuba mengganggu hidupnya sejak setahun lalu.

Menurut Rabecca, pemilik Instagram yang menggunakan nama @akhbaralisyed itu dikatakan telah mengintip setiap gerak-gerinya dan keluarga, sehingga sampai satu tahap mahu menghancurkan rumah tangga beliau.

BACA: Rebecca: Muka Datin Ciplak Macam Mayat Jadian!

Rabecca memberitahu pengguna Instagram itu juga cuba porak-perandakan hubungan baiknya dengan usahawan popular dan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan. Katanya lagi, tidak dapat dipastikan sama ada akaun tersebut benar-benar wujud  atau hanya akaun palsu untuk menyebarkan fitnah semata-mata.

https://www.instagram.com/p/BoGXeYhn_W4/?utm_source=ig_embed

“Orang ini dia betul-betul mencabar tahap keimanan saya. Dia mengacau hidup saya, dari keluarga saya, sehinggalah teman-teman saya. Kalau boleh sampai tahap nak merobohkan rumah tangga saya. Dia mengacau hidup saya dari tahun 2017 lagi. Saya tak tahu adakah IG ini benar-benar wujud atau stalker untuk menabur fitnah.

“Tiba-tiba saya dimaklumkan sahabat baik saya, Vie Shantie Khan dia telah menghantar mesej agar kami bergaduh pula, supaya saya tiada kawan dalam hidup agaknya,”  tulisnya di Instagram.

Kata Rabecca lagi, beliau tidak tahu apa yang dimahukan oleh individu tersebut sehingga sanggup menfitnah dirinya serta mencabar individu berkenaan untuk bersemuka.

“Saya tak tahu apa masalah awak, tak tenang tengok kebahagiaan saya. Jika awak benar-benar wujud, saya cabar awak berjumpa saya dan ingin sekali saya ubatkan hati dan fikiran awak yang busuk itu,” katanya.